Dengan hukum rumit berhubung tajwid, ramai mungkin mendapati membaca Al-Quran dengan tepat sesuatu yang mencabar, apatah lagi bagi golongan mualaf.

Namun tidak bagi penyanyi Amerika ini, Jennifer Grout dimana beliau telah memukau ramai masyarakat di seluruh dunia dengan perkongsian sebuah video di mana beliau telah membaca Ayat Al-Kursi dengan begitu merdu dan lengkap.

Beliau yang kini berusia 28 tahun memiliki darah Ireland-AS dan telah dilahirkan serta dibesarkan di Boston, Amerika Syarikat ini mula dikenali apabila menampilkan dirinya sebagai pakar dalam muzik Arab. beliau juga pernah terpilih untuk ke pusingan akhir program ‘Arabs Got Talent’ beberapa tahun dahulu.

Jennifier memang sangat minat dengan lagu Arab dan sudah jatuh hati dengan muzik Morocco. Ini adalah beberapa video beliau yang berjaya menarik perhatian orang ramai.

Saya membaca al-Kursi mengikut gaya pembaca al-Quran terkenal Mohammed Siddiq Al Menshawi.

Membaca al-Quran memiliki seni tersendiri, ia boleh dihargai oleh sesiapa saja tak kira Muslim atau bukan Muslim.

Menjelaskan tentang keupayaannya itu, Jennifer berkata guru muzik Arabnya telah menasihatkan  supaya selalu mendengar bacaan Al-Quran dengan teliti kerana sebahagian besar ikon muzik Arab bermula dengan menguasai bacaan Al-Quran secara tepat.

Difahamkan beliau telah pun memeluk Islam pada tahun 2013. Alhamdulilah.

Bagi sesiapa yang tertanya-tanya selepas menonton saya membaca al-Kursi, ya, saya seorang Muslim; memeluk Islam di Morocco pada 2013.

Jelas Jennifer, dia juga pernah ditegur netizen supaya memakai hijab sewaktu memperdengarkan bacaannya. Dan beliau hanya menjawab yang beliau masih berusaha mendalami Islam sebaik mungkin dan tidak mahu umum memberikan tanggapan salah mengenai dirinya.

Saya belum secara menyeluruh komited dan tidak mahu orang memandang serong kerana ingat sudah bertudung.

Al-Quran boleh diakses oleh sesiapa yang mendalami dan mahu mendengarnya.

[fbcomments]