Sejak 2 3 harini kemelut yang melanda keluarga dan pihak balu allahyarham Abam semakin hangat diperkatakan. Pelbagai fitnah dan juga andaian daripada pihak luar membuatkan gejolak berlaku semakin meruncing.

Semuanya bermula apabila Dato Alif Syukri telah memaparkan temubual antara beliau bersama balu allahyarham Abam yang akhirnya mengundang kemarahan adik kepada Abam,Ali Puteh.

Dituduh ingin mengaut harta

Kerana marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh balu allahyarham Abam selaku kakak iparnya itu, Ali telah memuatnaik status di Instagramnya sehingga mencetus kemarahan pihak netizen dengan kata-katanya itu yang dianggap sebagai biadap.

Akibatnya Ali teruk dihentam kerana didakwa ingin megaut harta Abam dan mengabaikan hak balu serta anak allahyarham.

Semua fitnah tak betul

Walau bagaimanapun menurut Ali, apa yang diperkatakan sebelum ini sama sekali tidak benar dan dia tidak pernah berniat untuk mengambil harta kekayaan abangnya.

Malah apa yang dilakukan adalah semata-mata demi melunaskan segala hutang serta menfaraidkan segala tinggalan arwah kerana dia kini tonggak keluarga besar mereka selepas Abam pergi menghadap Illahi

Perlu selesaikan segala hutang terlebih dahulu

Menerusi penjelasan daripada Ali, dia ingin membahagikan harta milik tinggalan arwah mengikut faraid. Dia juga turut menjawab mengapa proses penyelesaian tersebut tidak dilakukan serta merta.

Hal ini kerana arwah baru sahaja meninggal dunia dan kediamannya masih dilawati oleh orang ramai. Jadi dia berfikir adalah tidak sesuai untuk membincangkan perkara tersebut dihadapan orang luar.

Semuanya telah dibincangkan

Kata Ali, soal kereta, faraid, pembahagian harta semua dah dibincang dengan balu. Dan balu dah faham.

Tapi dia berasa bengang bila tengok live dari Dato Alif Syukri kerana setiap fakta yang dikeluarkan adalah tidak sama dengan apa yang telah dibincangkan.

Itu lah yang menyebabkan kenapa dia mengamuk. Tapi walau bagaimanapun, dia memohon maaf di atas setiap kata-katanya itu dan dia mengaku dia terlalu ikut emosi bila keluarga dia difitnah.

Tiada hantar anak menaiki Grab

Mengulas mengenai hantar anak arwah ke klinik dengan menaiki grab itu adalah tidak benar.

Ali menafikan dan mengatakan mereka telah hantar Hamzah menaiki Myvi ke klinik. Malah dia sendiri tidak pernah mengabaikan Hamzah, selaku anak saudaranya sendiri.

Ali Puteh dan harta Abam

Ini penjelasan Ali Puteh, tentang hal pembahagian harta allahyarham Abam

Posted by Bawang Rangers on Khamis, 20 Februari 2020
[fbcomments]