Kira-kira jam 5.00 petang sebentar tadi, Ali Puteh telah membuat sidang media berhubung isu tular melibatkan dirinya dan balu allahyarham Abam.
Sidang media yang berlangsung hampir 45 minit itu telah menjelaskan kemelut yang melanda antara keluarga dia dan balu allahyarham.
Mohon maaf
Dengan rendah hati, Ali telah memohon maaf kepada Nor Hidayah iaitu balu arwah serta seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan kata-katanya.
Disamping itu juga, bapa saudara dan juga pemandu allahyarham Abam turut hadir bagi menjelaskan perihal jual beli kereta dan dakwaan kononnya tidak bawa balu arwah menggunakan kereta ke klinik.
Mohon Alif Syukri mohon maaf
Ali turut memohon agar pemilik saluran YouTube Tv Terlajak Laris iaitu Datuk Alif Syukri untuk pergi meminta maaf kepada ibunya berhubung masalah yang telah ditimbulkan.
Undur diri dari industri hiburan
Dia juga turut memberitahu akan mengundurkan diri dari industri hiburan jika dia sudah tidak diperlukan lagi. Dia bersedia untuk tidak lagi dipentas lawak dan berhasrat menjaga penuh ibunya yang sakit tanpa sebarang publisiti.