Kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang terkesan secara langsung apabila terpisah dengan orang tersayang. Seorang lelaki dipercayai seorang anggota polis menanggung rindu selama 9 bulan sebelum dapat bertemu mata dengan ibunya.
Buat kejutan di gerai ibunya
Lelaki itu pada mulanya berlakon mahu menjadi pembeli di gerai nasi lemak ibunya sambil dirakam video oleh seorang lagi rakan.
Detik menyentuh hati itu tambah sayu apabila dua beranak berkenaan kemudiannya berpelukan melepaskan rindu setelah 9 bulan terpisah. Difahamkan, anggota polis berkenaan menjalani latihan dalam pusat latihan polis selama 6 bulan sebelum menjalani PKP 3 bulan.