Baru-baru ni ada tular satu video yang menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun disahkan positif Covid-19.
Video yang memaparkan seorang ibu hanya mampu lihat petugas KKM bawa anaknya menaiki ambulans dari tingkap rumah itu sahaja telah mengundang sebak di hati netizen.
Dalam video tu juga kedengaran suara tangisan ibu bila ambulans bergerak pergi.
Banyak page yang menyebarkan video ini mengatakan bahawa ibu dan bapa kanak-kanak ini negative covid19. Hanya si anak sahaja disahkan positive.
Walau bagaimanapun, ada beberapa netizen menjelaskan sebenarnya lelaki yang pegang anak tersebut adalah bapa budak tersebut. Dua-dua mereka positif tapi ibu dan anak seorang lagi negatif.