Umum sedia maklum bahawa pihak berkuasa telah menetapkan beberapa SOP semasa berhari raya. Kerajaan turut mengenakan kompaun kepada mereka yang didapati terlepas pulang ke kampung serta perkumpulan sanak-saudara lebih daripada 20 orang semasa hari raya.
Adakah SOP ini tertakluk pada rakyat marhaen sahaja?
Seorang wartawan yang berada di sidang media Menteri Keselamatan pada hari raya-4 telah mengajukan soalan agak berani buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung SOP di hari raya.
Dalam pertanyaan itu, dia menanyakan sama ada SOP yang dianjurkan hanya tertakluk kepada rakyat marhaen sahaja atau kepada semua golongan kerana terdapat dalam kalangan kenamaan yang tidak mengikut SOP semasa berhari raya.
Jawab dengan sejujur-jujurnya
Muat naik yang tular di Twitter itu telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet.
Wartawan ini begitu telus dan komited dalam memberikan soalan bagi menyuarakan segala tanda tanya daripada para rakyat berhubung SOP golongan kenamaan semasa berhari raya. Tahniah!