Sehingga hari ini, negara Malaysia telah mencatatkan sebanyak 14 kematian yang meibatkan virus COVID-19 ini, manakala 1518 kes telah disahkan menjangkiti wabak berkenaan. Sudah tentunya, pertambahan jumlah kematian dan juga bilangan kes jangkitan ini menggusarkan orang ramai.
Orang ramai telah didedahkan dengan fakta yang mengatakan bahawa, pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 ini, jenazahnya akan diuruskan persis seperti pesakit jangkitan Ebola.
Pengebumian jenazah juga tidak akan dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat dan diuruskan oleh pihak perubatan sepenuhnya. Gadis ini telah berkongsikan tatacara untuk menguruskan jenazah yang terkena jangkitan COVID-19 ini.
Jelas kelihatan jenazah akan dibalut terlebih dahulu dengan menggunakan plastik yang jernih sebelum dikapankan.