Gedung perniagaan tekstil Jakel Cawangan Shah Alam di Seksyen 7 terbakar sekali lagi pada awal pagi semalam.

Kebakaran itu melibatkan stor penyimpanan langsir yang terletak di tingkat 3 bangunan tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12.40 tengah malam.

Image
Sumber: Bomba Selangor

Seramai 43 pagawai dan anggota dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.07 pagi dan kerja baik pulih sedang dijalankan. Tiada kemalangan jiwa,” kata pengarah Norazam Khamis.

Image
Sumber: Bomba Selangor

Sebelum ini, dilaporkan Jakel cawangan Shah Alam ini terlah terbakar pada awal pagi 1 Januari lalu dan memusnahkan hampir 80 peratus premis tersebut.

Video: Orang awam

Bomba Selangor juga menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel tersebut.

Sumber: Bernama

[fbcomments]