Baru-baru ini telah tular satu gambar dimana seorang kanak-kanak perempuan telah memimpin ibu bapanya yang tidak dapat melihat ke orientasi Tahun Satu ketika hari pertama ke sekolah.
Apa yang lebih menyayat hati ialah, selesai je orientasi, kanak-kanak tersebut terus memimpin ibu bapanya untuk menunjukkan kelas, padang dan kantin seolah-olah mereka dapat melihat.
Tindakan kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Khairunnisa telah menyentuh hati gurunya dan warganet yang beranggapan murid Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Batu, Kuala Lumpur, seolah-olah dewasa sebelum usia.

Menurut ibunya,Nur Suhaida, Khairunnisa adalah mata dan tongkat bagi mereka.
Nur Suhaida berkata, anak tunggalnya itu sangat memahami ‘kekurangan’ ibu dan bapanya terutama untuk bergerak ke mana-mana.
Khairunnisa membaca papan tanda dan nombor kenderaan serta bertanya orang ramai dalam setiap urusan harian kami.
Anak ini memang anugerah Allah, dia tahu dalam usia masih muda perlu berdikari dan berdiri sendiri untuk membantu kami yang buta.

Bagi Mohammad Haizir Zakaria, 36, Nur Khairunnisa yang sudah mengenal huruf ketika usia lima tahun antara yang diharapkan untuk menaiki pengangkutan awam dan menempah perkhidmatan e-hailing untuk bergerak.
Anak ini tahu kami tidak nampak tetapi tetap juga mahu menjaga kami, paling meruntun jiwa cita-citanya untuk membeli kereta besar dan bawa kami berjalan-jalan. Mungkin dia nampak kepayahan untuk kami bergerak.

Menurutnya, sejak berusia empat tahun, dia dan isteri sudah mengajar Khairunnisa untuk rajin bertanya orang ramai sekiranya memerlukan bantuan ketika mencari jalan.
Mohammad Haizir berkata, setiap hari dia dan isteri akan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Hang Tuah hingga Stesen Sultan Ismail untuk menghantar dan menjemput Khairunnisa daripada sekolah.
Walaupun Khairunnisa nampak matang namun usianya tetap masih muda dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaganya.

Nur Khairunnisa merupakan anak yang begitu kuat dan bertanggungjawab walaupun baru berusia tujuh tahun.