Siapa tidak kenal dengan Azwan Ali, lebih dikenali sebagai Diva AA, satu nama yang cukup popular di dalam Malaysia. Tapi terkenal bukan kerana lakonan atau nyanyian, sebaliknya adalah kerana suaranya yang lantang dan pedas.

Dia merupakan antara selebriti Malaysia yang tidak pernah gentar dalam mengeluarkan kenyataan pedas. Siapa sahaja yang dia rasa tidak puas hati sudah pasti akan terkena dengan ‘kata katanya’ itu.

Tetap mencarut hingga hujung nyawa

Menerusi laporan mStar, Azwan Ali yang kini sudah menginjak usia 54 tahun itu berkata dia tetap akan bermulut lancang kepada sesiapa sahaja yang layak menerima makiannya.

Malah menurutnya, peningkatan usia tidak sesekali menjadi penghalang kepadanya untuk mengeluarkan kata-kata kesat, meskipun sedang menanti penghujung nyawa.

Umur bukan penghalang, Diva mengeluarkan kata-kata bisa hanya untuk mereka yang selayaknya! Walaupun aku bertongkat nak tunggu masuk kubur pun… aku akan hamun kau!

Sumber : Mstar

[fbcomments]