Tiga sekeluarga maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM74, Jalan Ipoh-Gerik dekat Kampung Kuak, Sauk.
Mangsa yang maut adalah pemandu kereta jenis Toyota Vios iaitu Abdul Hakim Hashim, 32, isterinya Nurul Huda Arifin, 31, dan anak mereka berusia dua tahun iaitu Adib Aidan.
Dua terselamat iaitu seorang lagi anak pasangan itu, Ammar Aiman, 4 tahun yang mengalami kecederaan ringan serta pemandu Toyota Hilux, lelaki berusia 33 tahun.
Memetik laporan Harian Metro, abang kepada Nurul Huda iaitu Mohd Helmi Arifin berkata Allahyarham adiknya hamil dengan kandungan mencecah usia lima bulan.
Terdahulu, keluarga itu sedang menuju ke arah Gerik dari Kuala Kangsar sebelum pemandu Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan mereka.