fbpx

Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkata, kenyataan Zul Yahya yang menyifatkan karier pekerja belakang tabir industri filem dan drama sebagai tidak berkat dan meminta mereka mengubah haluan kerjaya sebagai pandangan peribadi.

Bagaimanapun, Rosyam berkata, Zul tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia berkaitan rezeki.

Rezeki masing-masing

Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu. Sebab rezeki datang daripada pelbagai cara dan apa yang dilakukan oleh penggiat industri ini pun adalah rezeki mereka.

“Dia juga tak sepatutnya menuduh ada rasuah dan lain-lain perkara yang buruk. Mungkin dia rasa tak dapat apa-apa ketika aktif dulu, ia kerana nasib tak menyebelahinya dalam bidang seni.

“Jadi, sesiapa yang masih lagi cari makan dalam bidang ini, mereka perlu teruskan perjua4ngan untuk mencari rezeki.”

Turut ada program dakwah

Menurut Rosyam, tanpa kru belakang tabir, bagaimana stesen TV boleh beroperasi yang mana pengisiannya turut menampilkan program dakwah.

“Ustaz dan pendakwah yang buat program ceramah dan dakwah pun ada juga unit kru sendiri. Jadi, kru belakang tabir sebenarnya besar peranan mereka. Tapi itulah, ini pandangan peribadi Zul.

Mungkin nasibnya dengan izin Allah, dia dapat mencari rezeki dengan cara yang lain.”

Sepanjang yang diketahuinya, Rosyam memberitahu, tidak 100 peratus kru belakang tabir kekal dengan kerjaya ini selamanya.

“Kalau Zul tuduh kata tak berkat, rasanya itu agak mengguris perasaan semua orang. Sebenarnya berada dalam industri drama dan perfileman pun rezeki daripada Allah juga.”

Biar Allah yang tentukan

Rosyam berkata, sekiranya seseorang mahu melakukan perkara yang tidak sennoh dan tidak baik, ia bukan hanya berlaku dalam bidang seni.

“Dalam mana-mana bidang pun boleh berlaku. Dalam masjid pun kalau niat tak betul boleh berlaku juga.

Kita pun pernah dengar tabung masjid kena curi serta kita pernah dengar barang-barang masjid kena curi dan yang mencuri pun orang dalam juga.

“Benda-benda ini kita tak tahu. Bila ada tuduhan itu rasanya sesuatu yang tak elok. Biarlah orang-orang seni berhadapan dengan rezeki mereka dan Allah yang menentukan.”

[fbcomments]