Semalam telah tersebar satu berita yang mengejutkan mengenai bekas pengarah bahagian teknologi maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Allahyarham Dr Wan Hassan Wan Embong, 71 yang maut ditetap perompak awal pagi semalam di kediaman rumahnya.

Ditetak perompak

Beliau yang berada di rumah ketika itu telah ditetak oleh perompak sehingga maut dengan menggunakan parang selepas beliau dipercayai melawan ketika kediaman banglo dua tingkatnya itu dipecah masuk.

Bukan sahaja beliau, malah isteri beliau turut menjadi mangsa perompak sehingga mengalami kecederaan.

Sempat jadi imam solat jemaah di masjid

Menerus laporan dari berita Harian, anak saudaranya yang juga pakar perlembagaan dan jurisprudens watan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata sejak bersara, arwah tidak melakukan aktiviti lain selain beribadat dan menulis buku.

Beliau turut memuat naik foto terakhir bapa saudaranya  itu ketika menjadi imam solat berjemaah di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar pada malam sebelum kejadian.

Subuh semalam ayah saudara saya, arwah Dr Haji Wan Hassan bin Wan Embong imamkan jemaah di Masjid Saidina Abu Bakar,…

Posted by Ibn Wan Husain Wan on Saturday, November 28, 2020

Menahan 10 individu

Terkini, polis telah menahan 10 individu yang disyaki terbabit dalam kejadian samun dan tetak tersebut. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, Wan Hassan Wan Embong, 71, maut akibat ditetak manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera di tangan kanan akibat ditetak.

Mangsa dipercayai ditetak dengan parang apabila cuba melawan 2 lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk dari tingkap dapur banglo 2 tingkat itu.

Difahamkan perompak dipercayai memasuki kawasan perumahan terbabit melalui laluan belakang bagi mengelak dikesan pengawal bertugas.

Wakil pengurusan syarikat pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu Ranveer Singh, 32, berkata pengawal yang bertugas di kawasan perumahan di Jalan Mambu pada malam tadi tidak mengesan sebarang perkara mencurigakan.

Pengawal keselamatan di sini bertugas 24 jam setiap hari dan pasti akan dapat mengesan penjenayah itu jika mereka (memasuki kawasan perumahan) menggunakan laluan biasa.

Sementara itu, Anuar berkata selepas kejadian, 2 suspek kes berkenaan dipercayai melarikan diri ke arah sebuah parit besar di belakang rumah banglo terbabit.

[fbcomments]