Tidak dapat dinafikan lagi, wabak pandemik Covid-19 memberi kesan dan kemelut yang luar biasa terhadap ekonomi global dalam pelbagai sektor termasuk syarikat penerbangan.
Terbaru, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia didakwa melakukan proses pengecilan operasi dan tenaga kerja dalam waktu terdekat, lapor Astro Awani.
Mengecilkan operasi
AirAsia Berhad bakal menamatkan perkhidmatan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera dalam usaha pengecilan operasi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat dalam sesi taklimat bersama kakitangan syarikat tersebut.

Semua yang terlibat akan diberitahu menerusi e-mel
Sumber Astro AWANI memaklumkan, kesemua yang akan terlibat dalam skim pemberhentian itu akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam.
Walau bagaimanapun, AirAsia Berhad telah menjanjikan pampasan kepada semua yang terlibat.
Riad turut memberitahu situasi yang dihadapi AirAsia Berhad kini adalah amat sukar dan semua langkah mengurangkan, memantau faktor dalaman dan luaran adalah tidak mencukupi.