fbpx

Sepanjang 13 tahun perkahwinan, seorang isteri terpaksa menutup aib suami tercinta apabila sudah empat kali suaminya kantoi curang bersama perempuan lain tanpa ada rasa segan silu melakukannya berkali-kali.

Baru-baru ini tular di laman Facebook berkenaan seorang wanita yang dikenali sebagai Fika memuat naik hantaran berkenaan suaminya yang hilang dari radar kini dikesan curang sekali lagi dengan bercuti di Kuala Lumpur.

Memilih Untuk Lari Bersama Wanita Yang Baru 3 Bulan Kenal Berbanding 13 Tahun Perkahwinan

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Fika di laman Facebook tersebut, si suami lebih memilih untuk berlari bersama wanita yang baru sahaja dikenali tiga bulan berbanding mempertahankan ikatan perkahwinan bersama isteri yang kini berusia 13 tahun.

“Ya Allah, hancur hatiku sebagai seorang isteri tengok suami bergambar bersama dengan perempuan ni. Suamiku? 24 jam aku mencari kau, tidak tidur dan tidak makan kerana risaukan kau.. rupanya kau lari dengan perempuan lain, ya Allah”, luahnya di ruangan tersebut.

Fika yang kini sudah lama bersabar dengan kelakuan buruk suaminya itu sedaya upaya untuk menjaga aib suami tanpa pengetahuan sesiapa agar tidak dipandang serong orang, namun usahanya sia-sia apabila dia dicurangi buat kali kelima.

Jual Kereta Isteri Demi Perempuan Lain

Alangkah terkejutnya si isteri apabila mendapat tahu suami sendiri menjual kereta miliknya demi kegunaan duit penyondol tersebut. Suaminya yang melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan tidak meninggalkan satu sen buat Fika, sanggup menjual kereta miliknya demi wanita lain.

“Kau pergi Kuala Lumpur, bawa semua duit, satu sen pun kau tak tinggalkan untuk isterimu. Sampai kau jual kereta isterimu, duit keringat isterimu selama ini yang semata-mata belikan kereta buat kau. Tapi kau buat begini, ya Allah”, ujar Fika.

“Apa lagi kurangnya aku dengan aibmu aku sorok selama 13 tahun kita berkahwin. Aku bekerja keras cari duit selama ini dan tolong kau cari duit berniaga dari pagi sampai ke malam. Kau.. tak bekerja. Ini kau buat dengan aku”, tambah Fika dengan rasa geram.

Kalau Tak Mahu Lepaskan Secara Baik

Walaupun sudah dicurangi berulang kali, sang isteri tetap memaafkan dan menerima suaminya walau apa jua terjadi. Namun kini, beliau sudah tidak mampu pertahankan ikatan perkahwinan seorang diri jika si suami tiada usaha untuk memperjuangkannya.

“Janji kau lepaskan aku, ceraikan aku! Suamiku, itu sahaja aku minta.. kau kenal perempuan ini baru tiga bulan, kau boleh pilih dia daripada isterimu dah hidup bersama 13 tahun ni”, katanya.

Kredit: Facebook Fika Fika

[fbcomments]