Persediaan konsert Jay Chou telah menyebabkan 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini menyebabkan netizen yang berang dengan pengurangan tiket bagi menonton aksi Piala AFF Sabtu ini, menyerang akaun penyanyi terkenal Taiwan tersebut..
Kebanyakan komen berbaur kecaman telah ditinggalkan di akaun Instagram penyanyi tersebut dan ramai meminta Jay Chou tidak meneruskan konsert beliau di Malaysia.
“Kena serang ke… Stadium ni ada padang bola jadi bola patut diutamakan bukan konsert ada otak pakai akal jgn guna kepala lutut,” .
Antara komen yang ditinggalkan di Instagram rasmi Jaychou
“Tujuan stadium dibina untuk tengok sukan bukan untuk menyanyi…,”
Kata seorang lagi pemilik Instagram.
Menjenguk ke ruangan komen, dilihat ramai yang berbalah sesama sendiri dan ada yang menzahirkan rasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir rakyat Malaysia.
Tolong jaga imej Malaysia!
“Malaysian pls care about your image, anything that u commented is using Malaysian image, pls think carefully when u comment anything. Jay is never do anything wrong, he just a artist and performancer, why say bad words on it because of management fault? PLS DONT MEPERSIASUIKAN MALAYSIAN”
“Kerana bola ,sikap rakyat malaysia memang takda adab. Hidup mati kerana bola. Sumpah seranah semua keluar”
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga ada menjelaskan bahawa pihak Jay Chou telah menempah stadium jauh lebih awal dari pihak FAM.
Terangnya juga, konsert tersebut memerlukan 14 hari tempoh pemasangan dan mereka telah lewat 2 hari setengah kerana memberi laluan kepada perlawanan Piala AFF baru-baru ini.
Difahamkan, Malaysia akan bertemu Thailand dalam perlawanan separuh akhir pada hari Sabtu. Kesemua 59,000 tiket yang dijual dalam talian telah habis dalam masa 24 jam.
Selepas perlawanan pertama di Bukit Jalil, Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat di Pathum Thani, di Bangkok, pada 10 Jan.