Demi memastikan surau-surau awam sentiasa bersih dan selesa untuk kegunaan jemaah, seorang lelaki tampil secara sukarela membersihkan 30 surau sepanjang bulan Ramadan tanpa mengharapkan sebarang bayaran.
@rusydi.official Cleaner surau ๐ฒ๐พ #reviewsurau #30hari30surau
30 Hari, 30 Surau: Lelaki Ini Pilih Berbakti Dengan Tenaga Demi Keselesaan Jemaah Sepanjang Ramadan
Menurut Rusydi Sayuti Rosli, 39, usaha yang dinamakan sebagai inisiatif โ30 Hari 30 Surauโ ini lahir daripada keprihatinannya terhadap keadaan kebersihan rumah ibadah yang sering dikunjunginya, terutamanya di kawasan rehat, stesen minyak, pusat beli-belah serta terminal pengangkutan awam.
Katanya, sepanjang pengalaman singgah solat di pelbagai surau, dia mendapati ada beberapa lokasi yang kurang diberi perhatian dari aspek kebersihan. Situasi itu akhirnya mendorongnya untuk turun padang membantu dengan cara membersihkannya sendiri.
![]()
โSebelum ini saya hanya berkongsi ulasan mengenai keadaan surau di media sosial, tetapi lama-kelamaan saya rasa lebih baik saya sendiri buat sesuatu supaya lebih ramai dapat manfaat.
โJadi sempena Ramadan ini, saya cabar diri untuk bersihkan 30 surau sepanjang sebulan, supaya jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa dan tenang,โ katanya.
Apa yang lebih mengagumkan, segala kerja pembersihan ini dilakukan sepenuhnya dengan usaha sendiri, tanpa tajaan mahupun bayaran daripada mana-mana pihak. Malah, semua peralatan seperti sabun, mop dan kain lap dibeli menggunakan wang poketnya sendiri.
![]()
Jelas Rusydi, dia tidak mengharapkan sebarang ganjaran kewangan. Sebaliknya, jika ada pihak yang ingin membantu, dia lebih menghargai sumbangan dalam bentuk barangan cucian bagi memudahkan kerjanya meneruskan inisiatif ini hingga ke penghujung Ramadan.
โBagi saya ini satu bentuk ibadah. Kalau ada yang nak membantu, cukup sekadar hulurkan sabun atau peralatan mencuci. Itu pun sudah sangat bermakna,โ katanya lagi.
Setakat ini, beberapa surau sekitar Nilai telah disinggahinya, dan usaha murninya itu turut disambut baik oleh pihak pengurusan surau yang mengalu-alukan kehadirannya.
![]()
Rusydi berkata, dia tidak menyangka perkongsiannya mengenai inisiatif ini di media sosial mendapat perhatian ramai. Namun, lebih penting baginya adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan surau, lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan.
โKalau kita sendiri tidak ambil peduli soal kebersihan rumah ibadah, siapa lagi? Bila surau bersih dan kemas, barulah kita lebih selesa untuk beribadah,โ ujarnya.
Tambahnya, biarpun bergerak secara bersendirian, dia berharap inisiatif ini dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya memelihara kebersihan surau, bukan sekadar pada bulan Ramadan, tetapi juga sepanjang masa.
Kredit: TikTok rusydi.official, Mstar