Sebanyak 35 laporan polis diterima daripada mangsa yang mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM1.7 juta dalam kes hutang duit kutu yang membawa kepada penahanan seorang wanita.

Kes Hutang Duit Kutu: Polis Terima 35 Laporan, Kerugian RM1.7 Juta

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata semua pengadu berusia antara 23 hingga 53 tahun. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan turut dikaitkan dengan kehilangan seorang wanita bersama suami dan anak mereka dari kediaman di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, sejak 20 Julai lalu.

Kehilangan ketiga-tiga mereka dilaporkan oleh bapa wanita berkenaan, 62 tahun, di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada Isnin lalu selepas gagal mengesan anak perempuan, menantu dan cucunya.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri berusia 39 dan 36 tahun itu hadir menyerah diri di IPD Kubang Pasu kira-kira jam 1.50 pagi Khamis lalu.

Kedua-duanya kemudian direman selama empat hari sehingga hari ini, sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes hutang duit kutu.

Kredit: Berita Harian

 

 

[fbcomments]