Baru-baru ini sekumpulan buruh pembinaan yang terlibat dalam projek pelebaran jalan di Sepanyol telah dikejutkan apabila mereka secara tidak sengaja telah menemui tapak perkuburan Islam.
Abad kelapan hingga ke-11 Masihi
Apa yang mengejutkan mereka ialah, tapak perkuburan seluas lima hektar itu dianggarkan dari abad kelapan hingga ke-11 Masihi. Secara tidak langsung, penemuan ini nampaknya telah bercanggah dan mencabar teori yang dulu menyatakan bahawa tiadanya petempatan Islam sekitar Tauste.
Kita dapat melihat budaya Muslim dan kehadiran Islam di kawasan ini lebih penting daripada yang kita sangka.
Kita juga dapat menyaksikan bahawa terdapat penduduk Islam yang besar di Tauste sejak awal kehadiran umat Islam di Sepanyol.
Menurut laporan media lagi, tanah perkuburan itu telah menempatkan lebih dari 400 rangka manusia.
Semua kerangka itu dikuburkan mengikut adat istiadat Islam, diposisikan ke kanan dan menghadap tenggara iaitu ke arah Mekah.