Dilaporkan seorang pekerja kilang, Zulkarnain yang koma akibat kemalangan, selepas motosikal ditunggang merempuh babi hutan, Jumaat lalu telah meninggal dunia.

Tak sempat tengok anak sulung

Lebih memilukan, kakak ipar arwah berkata, Zulkarnain juga tidak sempat menatap wajah anak yang dijangka lahir Ogos depan.

“Sebelum ini arwah sangat teruja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, tetapi Allah Maha Kuasa dan semoga arwah diizinkan menatap wajah anaknya di syurga kelak…”

Bertarung nyawa selama dua hari, ahli keluarga bagaimana pun reda dengan pemergiaannya.

6 tahun tunggu zuriat

Arwah meninggalkan seorang balu yang bekerja sebagai guru agama di sekolah rendah agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Difahamkan, selepas enam tahun berkahwin Nurul Asyikin disahkan mengandung dan dijangka melahirkan anak sulung mereka tidak lama sahaja lagi.

[fbcomments]