Masihkah anda ingat dengan kes yang tengah viral sekarang ni mengenai Dai Syed? Terbaru, di dalam sidang media, polis telah mengesahkan pihak mereka sudah menerima tujuh laporan terhadap seorang pendakwah selebriri yang juga merupakan seorang penyanyi.

Mangsa berusia 22 hingga 26 Tahun

Berita terkini mengatakan bahawa suspek telah ditahan reman sekali lagi bagi membantu siasatan berhubung kes rogol serta cabul.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata semua mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun termasuk seorang guru dan kertas siasatan dibuka mengikut beberapa seksyen termasuklah dua siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Satu kertas siasatan pula dibuka mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii dan selebihnya di bawah Seksyen 354 kanun sama iaitu mencabul.

Semua mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun.

3 cara mangsa terpedaya 

Dalam pada itu, siasatan mendapati terdapat beberapa ‘cara’ yang digunakan oleh suspek untuk mempergunakan mangsa sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu dan pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes melibatkannya.

  1. Menggunakan kedudukannya dan namanya yang dikenali ramai dengan mengajak mangsa keluar
  2. Berkenalan dengan mangsa menerusi mesej peribadi di laman Instagram sebelum mempelawa mereka untuk keluar makan dan berkenalan
  3. Memperdaya dan memerangkap mangsa untuk dibawa ke rumah
[fbcomments]