fbpx

Seperti yang diketahui ramai, kes dakwaan gangguan seksual yang melibatkan Ebit Lew masih lagi dibicarakan di Mahkamah Tenom, Sabah.

Menurut seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah terbabit memaklumkan Mahkamah Majistret di sini semalam bahawa terdapat sebanyak 936 screenshot ataupun tangkap layar sejarah melayari laman web berunsur lucah, hasil yang diperoleh daripada analisis yang dibuat daripada sebuah telefon bimbit.

Saksi Ketujuh Berjaya Mengenal Pasti Gambar Tangkap Layar Bermula Tahun 2020 Sehingga 2021

Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz menjelaskan bahawa daripada jumlah yang disebutkan itu, 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.

“Saya mohon untuk merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021”, jelas saksi ketujuh pendakwaan itu.

Bukan setakat itu, Latifah juga memberitahu bahawa beliau telah menemukan sebanyak lapan imej berunsur lucah selepas diarahkan untuk melakukan analisis terhadap sebuah lagi telefon bimbit. Beliau berkata lagi kesemua imej yang diperoleh adalah daripada aplikasi Whatsapp dan hanya satu imej sahaja yang diletakkan penambahan pelekat aplikasi Whatsapp.

Peguam Ebit Lew Buat Bantahan

Peguam Ebit Lew iaitu Ram Singh telah membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google pada porsiding, Khamis.

Menurut peguam tersebut, beliau berkata pertuduhan itu tidak relevan dengan mengatakan tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google kerana terlalu banyak carian yang dibuat pada telefon bimbit yang dianalisis itu.

Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria memaklumkan pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh-tarikh pertuduhan tersebut.

Perbicaraan Sambung Esok

Antara 11 pertuduhan Ebit Lew yang dikenakan adalah mengenai isu beliau mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar berunsur lucah melalui Whatsapp antara Mac dan Jun 2021 ke nombor telefon mangsa.

Mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan pertuduhan tersebut, hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

[fbcomments]