Korang, satu je kitorang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.

Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang.

HAri ini dunia hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita pelakon Nonny Nadirah, 31 yang mengesahkan hubungan percintaannya dengan aktor Niezam Zaidi sudah pun terlerai.

Menurut Nonny, dia dan Niezam sepakat untuk membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan dalam masa terdekat.

Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.

Korang, satu je kitorang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.

Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang.

Memilih untuk berdiam

Pendedahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya pada awal pagi tadi.

Tambah Nonny lagi, buat masa sekarang dia lebih memilih untuk berdiam dan tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu ini.

Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua.

Untuk dalam masa ni, I reserve my comment. Harap korang faham.

Ucapan ulang tahun

https://www.instagram.com/p/CGxljPUhJY3/

Namun dalam masa yang sama, Nonny sempat menitipkan ucapan dan doa bersempena dengan ulang tahun kelahiran Niezam yang ke-28 hari ini.

Selamat hari lahir sahabat. semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.

Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! Amin.

[fbcomments]