Cadangan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti yang dikemukan oleh Bekas Menteri Kewangan Negara, Najib Razak sebelum ini telah menarik perhatian rakyat dan juga pemimpin negara ketika ini.

BACA : Benarkan Pencarum KWSP Keluar RM10K Dari Akaun 1 Bagi Hadapi Cabaran Pandemik Covid-19

Sukar untuk menimbangkan cadangan tersebut

Menurut Perdana Menteri Malaysia, adalah sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19.

Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.

Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.

Akan hadapi masalah lebih besar

Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap dan mendoakan pandemik COVID-19 akan pulih seberapa segera bagi membolehkan ekonomi negara terus berkembang.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) prihatin akan soal ini dan akan mengambil langkah tambahan bagi membantu rakyat yang terhimpit kesan ekonomi.

Sebelum ini sejumlah RM305 bilion sudah disalurkan dalam pelbagai pakej rangsangan bantuan rakyat dan Belanjawan 2021 akan memberi lebih tumpuan dalam usaha mengawal pandemik COVID-19 supaya tidak menular.

Kerajaan akan terus beri bantuan

Kerajaan akan terus menyediakan pakej rangsangan iaitu bantuan kepada rakyat yang berdepan kesusahan kerana menyedari ada kumpulan rakyat yang terjejas teruk.

Setakat ini hampir RM2 bilion kita belanjakan untuk Kementerian Kesihatan, manakala untuk Sabah yang berdepan penularan COVID-19, kira-kira RM400 juta dibelanjakan dalam tempoh beberapa minggu lalu membabitkan bantuan makanan yang dihantar ke rumah dan peralatan perubatan.

[fbcomments]