Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah mencadangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM 10,000 bagi mengharungi cabaran kehidupan yang wujud berikutan impak penularan wabak Covid-19.

Cadangan tersebut telah mendapat sambutan baik ramai orang dikala rakyat sedang melanda pandemik Covid19.

Pengeluaran bagi kegunaan mendesak

Kebenaran itu bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas bagi kegunaan mendesak.

Bekas Menteri Kewangan itu turut mencadangkan agar permohonan tersebut boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ itu dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi pulih tidak termasuk caruman bulanan biasa.

Saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua selepas bersara.

Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak

Pencarum perlu membuat bayaran semula

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka dengan jumlah maksimum RM6,000 dari akaun 2 KWSP menerusi skim i-Lestari.

Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu turut menjelaskan, syarat aku janji yang dicadangkan itu bukan bertujuan mendessak pencarum membuat bayaran balik.

Niat saya adalah untuk menggalakkan pencarum melebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP adalah lebih tinggi.

Jika tak dapat bayar balik dalam masa dua tahun, tiada penaIti dan KWSP tak boleh buat apa-apa

Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum.

[fbcomments]