Khabar angin majlis pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab pada hari ini selepas adiknya Ameera Khan telah memuat naik sekeping foto yang tertulis Walimatul Urus Noor Nabila dan Engku Emran.
Nabila, kakak kepada pengacara Noor Neelofa telah selamat bergelar isteri kepada usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh adik Noor Nabila iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka
Tapi siapa sebenarnya Engku Emran dan bagaimana Laudya Cynthia Bella, Erra boleh sampai jatuh cinta padanya?
Siapa Engku Emran?
Engku Emran di lahirkan pada tahun 1975 merupakan seorang Chief Executive Officer (CEO) di TV Synergy Sdn Bhd dan Chief Operating Officer (COO) Suria FM.
Beliau merupakan seseorang yang gemar besukan dan kerap menyertai pertandingan larian.
Sebelum dia memutuskan untuk berkahwin dengan Noor Nabila hari ini, Engku Emran pernah berumah tangga dengan penyanyi Malaysia, Erra Fazira, pada 2007 dan pelakon terkenal dari indonesia Laudya Cynthia Bella
Namun pada Jun 2020, Laudya Cynthia Bella mengumumkan sudah bercerai dan ikatan perkahwinannya dengan Engku Emran berakhir.