Baru-baru ini telah tular di media sosial video Farid Kamil memakaikan sebuah helmet buat Ahirine Ahiruddin, artis baru yang membintangi filem Remp-it 2.
Video yang dimuatnaik oleh pelakon baru itu sendiri, Ahirine, telah mengundang pelbagai andaian dan komen dari warganet. Rata-rata risau jika Diana Danielle akan cemburu. Ada juga yang mengusik pelakon dan pengarah popular, Farid Kamil.

Dibawah video yang sama, kelihatan Diana Danielle juga tampil dan memberi komen. Diana kelihatan bersahaja dengan perkara tersebut dan menyuruh orang ramai untuk support filem Remp-It 2 di pawagam.

Menurut laporan Harian Metro, Ahirine menjelaskan bahawa dia tidak menyangka video tersebut akan tular dan menimbulkan rasa kurang senang terhadap sesetengah pihak.
Ahirine juga menegaskan bahawa hubungan dia dengan Farid Kamil hanya seperti adik dan abang.
“Saya dan Farid seperti abang dan adik, tidak sangka pula video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Bukan dengan dia saja, malah saya juga akrab dengan produksi untuk filem terbabit.
“Filem Remp-It 2 adalah percubaan sulung saya dalam bidang seni tempatan. Malah, saya masih baharu dan banyak tunjuk ajar diberikan oleh barisan pelakon filem berkenaan,” jelasnya.
Ahirine menjelaskan dia menghormati Farid sebagai suami Diana dan bapa kepada dua orang cahaya mata. Tiada istilah untuk ingin bermesra atau lain-lain.
Dia juga menyatakan rasa syukur apabila Diana Danielle memahami situasi tersebut malah menggalakkan orang ramai ke pawagam bagi memberi sokongan kepada Farid.
Filem Remp-It 2 telah ditayangkan sedari 24 November lalu dan dibintangi barisan pelakon seperti Farid Kamil (Madi), Cat Farish (Macha), Niezam Zaidi (Spark), Izzue Islam (Deqwan) dan Farez Ridzwan (Ajak).
Sumber: Harian Metro