Penyanyi popular Lisa dari kumpulan Blackpink dikhabarkan telah membeli villa mewah bernilai 26 juta di kawasan ‘Beverly Hills Korea’ iatu, Seongbuk-Dong, Seoul.

Rumah itu dianggarkan seluas 68922 meter persegi yang sebelum ini dimiliki oleh cucu pengasas Lotte iaitu Chang Seon-yoon. Dibina pada April 2016 dengan tingkat bawah tanah dengan dua tingkat di atas tanah, rumah itu terletak di perkampungan mewah di kawasan terkenal itu

Lisa difahamkan telah menandatangani kontrak rumah tersebut pada Julai 2022 lalu dan membuat bayaran terakhir pada Januari 2023.

Sejarah kawasan Seongbuk-dong ini terdiri daripada kawasan kejiranan yang didiami kebanyakkannya oleh individu berpengaruh di Korea Selatan. Antaranya ialah pelakon popular Bae Yong Joon menerusi drama Winter Sonata dan pelakon serta penyanyi Lee Seung-gi.

Sumber: Kimchidaily

[fbcomments]