Artis Ismail Izzani sering kali terpalit dengan gosip nakal apabila videonya berhibur di kelab malam kerap tular di media sosial.
Dilabel sebagai penyanyi bermasalah dan suka berparti, Ismail Izzani atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri enggan bersikap hipokrit dan mengakui segala perbuatan tersebut
“Tentang pergi kelab malam (clubbing) atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi (clubbing)”
Ada sebab tersendiri
“Tapi, saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang, kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok.”
“Saya pasti orang media pun ada di sana juga (ketawa). Saya tak mahu hipokrit dan mengakui dalam hidup, kita banyak buat silap,“tambahnya.
Menurut pelantun lagu Sabar itu, sebagai seorang selebriti, sudah tentu lokasi dan keberadaannya menjadi perhatian dan buah mulut orang ramai.
“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Kita tak boleh suruh atau paksa orang sayang kita.
“Bagi saya, siapa yang betul-betul sokong, saya sangat-sangat menghargainya. Haters (orang yang membenci) juga banyak membantu.
“Mereka membuat saya beringat dengan cara yang kasar. Saya tak sentiasa betul dan saya takkan betulkan apa yang salah,” katanya.
Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail dilihat memeluk seorang wanita seksi di sebuah kelab malam sambil mencium pipi dan leher dalam keadaan ghairah.
Rentetan itu, Ismail dikecam di Instagram miliknya akan tindakannya yang dianggap tidak bermoral itu.
Kontroversi seperti itu bukan pertama kali berlaku kerana Ismail pernah dikecam berpelukan dengan pelakon wanita di kelab malam beberapa tahun lalu.
Namanya juga pernah terpalit gara-gara didakwa sudah berkahwin secara rahsia selepas dituduh menghamilkan seorang wanita. Perkara itu dinafikan sekerasnya oleh penyanyi tersebut.
Sumber: Kosmo!