Sebelum ini, ada ura-ura selebriti Neelofa sedang mengandung anak kedua. Suaminya iaitu pencetus ummah (PU) Haris tidak menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya memohon doa orang ramai.

“Doakan yang terbaik. Rasanya kalau siapa yang biasa dengar jawapan itu akan tahu apa maksud sebenar.”

“Bukan tidak mahu sahkan, tapi setiap yang baik itu doakan sahaja,“katanya.

Sebelum ini, Neelofa dikatakan mengusap perutnya yang kian membesar sewaktu majlis hari jadi anak sulungnya, Muhammad Bilal baru-baru ini. Spekulasi juga bertambah kuat apabila dia dilihat menggunakan kerusi roda yang ditolak suaminya ketika menghadiri sebuah acara di Brunei sebelum ini.

Kenyataan dari pihak Neelofa pula, dia lebih senang berdiam diri dan membiarkan orang ramai membuat andaian.

“Perkara yang tak pasti itu tidak perlulah saya hebahkan. Kalau orang bertanya, saya okey sahaja. Doakan”

“Kalau betul hamil biarlah orang tahu secara semula jadi. Seperti mana sebelum ini.. orang akan tahu suatu hari nanti,”jelasnya.

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dah hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Sumber: mStar

[fbcomments]