Nad Zainal yang baru mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu menarik perhatian ramai gara-gara bentuk fizikalnya yang dikatakan mempunyai ‘baby bump’.

Nad telah memuat naik sebuah video ulasan mengenai sebuah produk berasaskan susu kambing di platform Instagram miliknya. Tetapi nampaknya, lain pula menjadi perhatian netizen.

Tahniah Nad!

Nad meleraikan spekulasi tersebut dengan membalas di ruangan komen..

Buncit sebab makan je

Nad memaklumkan dia bukan sedang mengandung tetapi perutnya hanya membuncit selepasa makan.

Menjengah ruangan komen, ramai yang menaganggap perkara itu normal bagi individu yang bergelar ibu. Segelintir netizen juga menitipkan pesan agar orang ramai berhati-hati sebelum memberi komen kerana bimbang boleh mengguriskan hati seseorang.

Sekadar info, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Nad Zainal berkahwin pula dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Sumber: OhMyMedia

[fbcomments]