Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan maut oleh neneknya di dalam mesin basuh di kediaman mereka yang terletak di Ipoh, Perak pada pagi Isnin.

Ditemui Maut Dalam Mesin Basuh

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan memaklumkan bahawa laporan mengenai kematian kanak-kanak lelaki terbabit diterima pada jam 11.44 pagi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dibawa dari rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, Perak.

Menurut Yahaya, siasatan awal mendapati mangsa ada bersama dengan ahli keluarganya yang lain di dalam rumah sebelum dia kemudiannya ditemukan berada dalam mesin basuh oleh neneknya, kira-kira jam 9.30 pagi.

“Mangsa dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam mesin basuh pakaian”, katanya.

Punca Kematian Akibat Objek Tumpul

Kata Yahaya lagi, hasil bedah siasat di Jabatan Forensik HRPB mendapati bahawa punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul. “Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh ambulans namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.02 pagi Isnin” jelasnya malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]