Baru-baru ini tular sebuah rakaman video yang memaparkan beberapa ekor burung dipercayai berkeliaran di dalam kawasan wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Dalam video tersebut, burung berkenaan dilihat berada di sekitar pesakit malah ada yang didakwa mematuk bekas makanan yang diletakkan di dalam wad, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

@hmetromy

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sudah mengambil tindakan susulan berhubung isu video tular berkaitan kemasukan burung merpati di wad di hospital berkenaan.

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Video Burung Dalam Wad Hospital Klang Tular, HTAR Tampil Beri Penjelasan

Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tahap kebersihan serta keselesaan pesakit di hospital berkenaan. Susulan itu, HTAR tampil menjelaskan bahawa burung seperti merpati dan gagak sememangnya menjadikan kawasan pokok di sekitar hospital sebagai habitat, sekali gus berkemungkinan memasuki bangunan hospital secara tidak sengaja termasuk ke kawasan wad pesakit.

Menurut pihak hospital, keadaan tersebut berlaku apabila burung dari kawasan sekitar masuk ke bangunan tanpa disengajakan, terutamanya dari kawasan pokok berhampiran.

Bagi mengatasi isu berkenaan, HTAR memaklumkan beberapa langkah kawalan telah dilaksanakan secara berterusan termasuk kerja pemangkasan pokok oleh syarikat konsesi serta pemantauan di kawasan wad dan bangunan hospital.

Dalam masa sama, pihak hospital turut mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memperkukuhkan lagi usaha menangani gangguan burung di kawasan terbabit. HTAR menegaskan pihaknya memandang serius isu yang dibangkitkan dan akan terus memastikan persekitaran hospital kekal bersih, selamat dan kondusif untuk pesakit serta kakitangan.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]