Sebuah mikrofon dilaporkan meletup secara tiba-tiba di sebuah premis karaoke akibat disambar petir ketika seorang lelaki asyik menyanyikan lagu dangdut dalam kejadian di Indonesia.

Mikrofon Meletup Sehinga Keluar Percikan Api Dari Kabel Mikrofon

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Majoriti Official, difahamkan sebuah rakaman video berjaya dirakamkan dan dimuat naik di laman sosial yang menunjukkan seorang lelaki memakai jaket hitam sedang asyik berkaraoke lagu dangdut bersama rakannya.

Selang beberapa saat, kejadian mengejut berlaku apabila mikrofon yang digunakan individu terbabit tiba-tiba meletup sehingga mengeluarkan percikan api dari kabel mikrofon yang berada di genggaman tangannya.

Mikrofon Disambar Petir

Dalam pada itu, rakan mangsa turut dilihat panik melihat mangsa terpelanting jatuh ke bawah dalam keadaan kesakitan. Beliau terus bergegas mencari fius elekrik untuk memutuskan litar bagi memastikan tiada sambaran yang berlaku terhadap mereka lagi.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku disebabkan sambaran petir yang menyebabkan arus kilat mengalir melalui objek yang disambar iaitu mikrofon. Daya tolakan elektrostatik yang dihasilkan ketika sambaran petir tidak dinafikan sememangnya mempunyai kesan pemusnahan yang hebat.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]