Seorang lelaki bergelar bapa bakal berdepan dengan hukuman penjara selepas didakwa memukul anaknya sehingga menyebabkan kematian, dipercayai berlaku di Semarang, Indonesia.

Mahu Leraikan Pergaduhan Antara Dua Anak Lelakinya

Berdasarkan sumber yang dilihat dari portal Kompas, difahamkan suspek yang dikenali sebagai Sutikno memaklumkan bahawa beliau hanyalah mahu meleraikan pergaduhan yang tercetus antara dua orang anak lelakinya. Katanya ketika kejadian, suspek telah memukul anaknya yang bernama Guntur dengan menggunakan kayu kerana mengacukan pisau terhadap adiknya.

“Guntur berada dalam keadaan mabuk dan membawa pisau. Dia mahu membunuh adiknya jadi saya leraikan,” jelasnya.

Niat Mahu Pukul Anak Sampai Lumpuh, Tapi Anak Maut Di Tempat Kejadian

Tambah Sutikno lagi, beliau memberitahu bahawa beliau hanya memukul anaknya itu dengan niat untuk membuatnya lumpuh sahaja, namun tidak menyangka Guntur maut di tempat kejadian. Difahamkan anaknya maut akibat kecederaan yang berlaku di bahagian kepala.

“Saya hentak kakinya dengan benda keras dengan niat biar dia lumpuh. Jika lumpuh saya masih boleh menjaganya kerana kami semua sudah tidak tahan dengan sikap dia. Dia (mangsa) sering memukul kami sehingga kami pernah lari menetap di rumah saudara kerana tidak tahan,” luahnya.

Dalam pada itu, Guntur disifatkan sebagai seorang anak yang sangat bermasalah serta biadab kerana sering memukul ibu ayah serta isteri dan adik beradiknya yang lain.

Kredit: Kompas

[fbcomments]