Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang bernama Bronson Battersby ditemui mati bersebelahan mayat bapanya dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku di Skegness, Lincolnshire.
![]()
Terbiar Selama 2 Minggu Tanpa Makan Dan Minum
Menurut laporan Metro UK, difahamkan kejadian tersebut berlaku selepas bapa kandung Bronson iaitu Kenneth, 60, maut akibat serangan jantung pada 29 Disember lalu. Disebabkan mereka hanya tinggal berdua di kediaman sendiri, Bronson terbiar tanpa makanan dan minuman selama dua minggu selepas bapanya meninggal dunia.
Lebih memilukan apabila petugas kebajikan yang sepatutnya melawat mereka pada 2 Januari lalu didakwa gagal menghubungi mangsa. Petugas kebajikan itu kemudiannya menghubungi polis dan datang kembali ke rumah tersebut dua hari kemudian.
Mati Sebelah Mayat Bapa
Namun, situasi yang serupa berulang apabila dia sekali lagi tidak mendapat respons dari Kenneth. Kejadian ini berlarutan sehingga pada 9 Januari, petugas kebajikan berjaya memperoleh kunci rumah Kenneth. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Bronson berada dalam keadaan membongkok di samping mayat bapanya, yang masih mengenakan pakaian tidur.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Bronson adalah disebabkan dehidrasi dan kebuluran manakala Kenneth meninggal dunia akibat serangan jantung.
Kredit: Metro UK