Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun dilaporkan ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam kejadian di Kabupaten Sumbawa, Indonesia pada Disember lalu.

Cabul Budak Di Reban Ayam

Menurut laporan dari portal Jateng Tribunnews, difahamkan suspek telah mengumpan mangsa dengan mengajaknya bermain di sebuah gerai berdekatan dengan reban ayam.

Setibanya di lokasi kejadian, suspek bertindak melakukan perbuatan terkutuk dengan meraba kemaluan mangsa, dan perbuatannya itu dilihat oleh seorang peniaga gerai yang ketika itu sedang mencuci kain.

Suspek Ditahan Polis

Susulan kejadian tersebut, saksi tampil menceritakan insiden berkenaan kepada ibu bapa mangsa sebelum mereka membuat laporan polis. Suspek telah ditahan bersama beberapa bahan bukti dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kredit: Portaa Jateng Tribunnews

[fbcomments]