Seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa telah ditahan polis selepas dipercayai meracun dan membunuh anaknya sendiri akibat ketagih menonton filem dewasa dan tidak mahu belajar, dalam kejadian di India.

Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri

Menurut laporan dari India Today, difahamkan suspek yang dikenali sebagai Vijay Battu bertindak di luar kawalan kerana sudah hilang sabar selepas kerap menerima aduan berhubung tingkah laku anaknya iaitu Vishal, di sekolah termasuklah tidak memberi tumpuan kepada pelajaran. Suspek juga dikatakan tidak tahan dengan sikap anaknya yang ketagih menonton filem dewasa walaupun umurnya baru 14 tahun.

Akibat daripada dua masalah itu, suspek nekad untuk mengakhiri nyawa anaknya dengan cara memberi racun. Suspek kemudiannya cuba untuk menyembunyikan pembunuhan itu dengan membuang mayat mangsa ke dalam longkang berhampiran rumah.

Pada 13 Januari, suspek dan isterinya membuat laporan mengenai kehilangan anak mereka, dan pihak polis kemudian menjalankan siasatan lanjut yang akhirnya menjumpai penemuan mayat Vishal di dalam longkang berdekatan rumah.

Jumpa Racun Dan Natrium Nitrat Dalam Badan Mangsa

Selepas membuat bedah siasat, hasil mendapati bahawa mereka menemui natrium nitrat dan racun di dalam badan mangsa. Semasa soal siasat bersama keluarga dan jiran-jiran terdekat, polis mendapati terdapat percanggahan maklumat yang diberikan oleh suspek. Dan pada 28 Januari, suspek telah membuat pengakuan kepada isterinya bahawa dialah yang membunuh anak mereka atas dua sebab di atas.

Vijay mengaku telah membawa Vishal keluar menaiki basikal dan menawarkan minuman ringan yang dicampur dengan natrium nitrat. Selepas mangsa tidak sedarkan diri, suspek membuang mayat tersebut ke dalam longkang. Kini suspek telah ditahan polis untuk tindakan selanjutnya.

Kredit: India Today

[fbcomments]