Seorang wanita yang berasal dari Karnataka, Selatan India memaklumkan kepada media bahawa dirinya telah dikurung suami di dalam rumah mereka selama 12 tahun dan menyeksanya.
![]()
Dikurung Suami Selama 12 Tahun
Menurut laporan dari laman berita Wion News, difahamkan wanita terbabit enggan membuat laporan polis terhadap suaminya dan membuat keputusan untuk menetap di rumah ibu bapanya. Mangsa juga menceritakan dia hanya menggunakan kotak kecil untuk membuang air kecil dan besar semasa dikurung di dalam rumah mereka.
Katanya, anak mereka juga akan menunggu di luar rumah selepas pulang dari sekolah sehingga suaminya pulang dari bekerja dan akan membenarkan mereka masuk.
“Sudah 12 tahun saya berkahwin. Dia selalu mengurung saya di dalam rumah dan menyeksa saya. Tiada siapa di kawasan itu akan menyoalnya. Anak saya bersekolah. Tetapi mereka kekal di luar sehingga suami saya pulang dari kerja. Saya akan memberi mereka makanan melalui tingkap,” ceritanya.
Mangsa Merupakan Isteri Ketiga
Sementara itu, seorang pegawai kanan polis menyatakan bahawa mangsa telah dikurung selama dua hingga tiga minggu lepas sahaja dan pergerakannya dihadkan.
Tambah pegawai tersebut, mangsa merupakan isteri ketiga kepada suaminya dan selepas beliau diselamatkan, dia telah diberi kaunseling sejurus ingin menyelesaikan masalah rumah tangganya.
Kredit: Wion News