Berbeza dengan majoriti ajaran agama Islam yang lain, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta sudah mula menunaikan solat terawih pada Rabu lalu (6 Mac) dengan secara tidak langsung tarikh 1 Ramadan bagi mereka bermula semalam (Khamis).
@sekilas_gunungkidul Sholat Tarawih pertama di Gunungkidul nih… Jama’ah Masjid Aolia di Kecamatan Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta menggelar Sholat Tarawih malam ini. Perayaan 1 Ramadhan Jama’ah Masjid Aolia ini akan dimulai pada Hari Kamis 7 Maret 2024. Sholat Tarawih sendiri dilaksanakan dengan 23 raka’at lengkap dengan Sholat Witir. Daerahmu kapan menjalankannya wirrr… #sekilas_gunungkidul #sekilasgunungkidul #gunungkidul #GUNUNGKIDUL #panggang #ramadhan #ramadhan2024 #sholattarawih #tarawih
Sudah Mula Solat Terawih
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @sekilas_gunungkidul di laman TikkTok, difahamkan penduduk dan jemaah masjid terbabit telah memulakan solat terawih pada malam berkenaan. Imamnya iaitu KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau Mbah Benu berkata, solat Tarawih yang dilakukan oleh jemaah di masjid berkenaan sama dengan solat terawih yang dilakukan di lokasi lain.
“Semua sama dengan saya, saya imamnya, masing-masing ada imam, wakilnya saya. (Solat Tarawih) saya dengan witirnya itu 23 (rakaat). Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan,” jelasnya.
![]()
Minta Hormati Perbezaan Mereka Walaupun Sesama Islam
Menurut laporan Kompas TV pula, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Gunungkidul, Sa’ban Nuroni pernah berkata, pihaknya akan terus memudahkan jemaah Aolia walaupun terdapat perbezaan pendapat.
“Kami mengajak orang ramai untuk menunaikan solat sunat hari raya mengikut hari yang diyakininya,” kata Sa’ban.
Beliau juga berharap umat Islam yang lain dapat menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia kerana mereka memahami perbezaan ini.
Kredit: TikTok sekilas_gunungkidul. Kompas TV