Seorang wanita yang juga bergelar ibu dilaporkan ditahan polis selepas mengaku cuba membunuh anak tirinya dengan menggunakan racun tikus, dalam satu kejadian di Indonesia.
![]()
Ibu Racun Anak Tiri
Memetik laporan Tribunnews, suspek yang berusia 36 tahun itu difahamkan telah mencampurkan racun tersebut ke dalam kopi sebelum dia memberikan minuman tersebut kepada anak tirinya yang berusia 11 tahun itu.
Beberapa minit kemudian, racun tersebut mula menunjukkan tindak balas sehingga mengakibatkan mangsa menggelupur dan terbaring atas lantai dalam keadaan yang menyayat hati.
Malah menerusi video yang kian tular di media sosial itu, mangsa kelihatan sangat lemah kerana sedang menahan kesakitan akibat diracun.
Bertindak Kejam Kerana Dendam
Menurut Ketua Polis Daerah Rohil, beliau memaklumkan motif kejadian adalah disebabkan dendam.
“Keluarga datang ke balai polis membawa pelaku. Setelah disiasat, pelaku mengakui memberi kopi yang dimasukkan atau dicampur dengan racun tikus.
“Pelaku bertindak kejam kerana kesal suaminya yang tak mahu balik kampung ketika lebaran lalu.
“Motif dendam, jadi pelaku ini berdendam dan kesal dengan suaminya. Ketika raya, pelaku mengajak suaminya pulang kampung, tapi dia menolak,” ujar Ketua Polis Daerah Rohil, Andrian Pramudianto.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, manakala suspek telah ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat.
Kredit: portal Tribun News