Pelakon dan pengarah Farid Kamil kini meminta doa daripada orang ramai agar segala urusan untuk memulihkan hubungannya dengan isteri, Diana Danielle, dipermudahkan.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Farid, yang kini berusia 42 tahun, menyedari bahawa Diana telah memfailkan perceraian buat kali kedua, selepas mereka kembali bersama pada tahun lalu.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DBtZhd0Plx0/?igsh=dDI2NnQwcmlxYnc5
Mohon Doa Orang Ramai Untuk Jernihkan Semula Keadaan Dengan Isteri
Dalam hantaran tersebut, Farid menyatakan bahawa perasaan kasihnya terhadap isteri dan anak-anak masih utuh.
“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut dan seperti semua orang maklum, saya sayangkan isteri saya dan anak-anak saya,” katanya.
Farid turut menegaskan kesungguhannya untuk memperbaiki keadaan demi mempertahankan rumah tangganya. Beliau turut memohon sokongan serta doa orang ramai agar usaha ini mendapat keberkatan.
“Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali. Insya-Allah doakan yang baik-baik,” tambahnya.
Farid tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai sebab Diana ingin memfailkan perceraian kali kedua tersebut.
Pada Isnin lalu, Diana memuat naik kenyataan di Instagram, memaklumkan bahawa beliau sudah tidak mahu meneruskan kehidupan bersama Farid dan akan mengambil langkah untuk berpisah secara rasmi dalam masa terdekat.
Terdahulu, pasangan ini telah sah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Namun, mereka dilihat kembali menjalinkan hubungan dan mengumumkan rujuk semula pada 31 Ogos 2023, masih dalam tempoh idah ketika itu.
Kredit: Instagram faridkamilz