Satu kemalangan maut berlaku di Kilometer 71, Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat yang melibatkan sebuah Proton Persona dan Perodua Bezza, mengorbankan dua beranak di lokasi kejadian.

Nahas Di Mersing Ragut Tiga Nyawa, Bapa Menghembus Nafas Terakhir Selepas Pengebumian

Dalam insiden tersebut, penumpang Proton Persona iaitu Rubeta Mohd, 51, dan anak bongsunya Nur Isyirah Syakirah, 14, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala pemandu kenderaan berkenaan, Kamilin Alias, 56, mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis perkahwinan di Mersing ketika kemalangan berlaku sekitar jam 5.15 petang.

Kamilin yang sebelum ini ditidurkan akibat kecederaan parah bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 10.35 malam Sabtu, hanya beberapa jam selepas selesai pengebumian isteri dan anaknya.

Jenazah Allahyarham kemudian disolatkan di Masjid Taman Seri Saujana sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dagang, Kampung Makam, bersebelahan kubur isteri dan anaknya.

Suasana hiba menyelubungi majlis apabila solat jenazah diimamkan sendiri oleh anak kedua mangsa, Mohd Izat, 22, manakala kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir. Anak ketiga mangsa, Mohd Aiman, 20, turut memaklumkan mengenai urusan pengebumian tersebut.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]