Sebuah pesawat Jeju Air, penerbangan 7C2216 yang membawa 181 individu, termasuk kru, dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan sekitar jam 9.07 pagi tadi.

Menurut kenyataan pihak bomba, seramai 179 mangsa dikhuatiri maut (presumed dead), manakala hanya dua mangsa ditemui selamat setakat ini.

Video di bawah:

https://x.com/bnonews/status/1873174704720425440?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Pesawat Jeju Air Terhempas Di Korea Selatan, 179 Mangsa Dikhuatiri Maut

Pesawat itu, yang dalam penerbangan dari Bangkok ke Muan, tergelincir dari landasan sebelum terhempas dan terbakar. Rakaman gambar yang tular di media sosial menunjukkan api dan asap tebal menyelubungi serpihan pesawat tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa Korea Selatan. Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa yang terkorban masih belum dapat disahkan secara rasmi.

Pesawat itu membawa 175 penumpang dan enam kru penerbangan ketika kejadian berlaku. Setakat ini, punca nahas dan keadaan cuaca pada waktu kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa penerbangan negara itu.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi mengenai jumlah mangsa sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh pihak berkuasa.

Kredit: X BNO News

 

[fbcomments]