Seorang wanita di Bandung menghadapi situasi mencemaskan selepas subang hidung yang dipakainya tersangkut pada sebuah kerusi. Kejadian itu yang bermula sebagai gurauan bertukar menjadi insiden luar jangka, menyebabkan wanita tersebut terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.

Video di bawah:

https://x.com/pai_c1/status/1878209747822002535?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Wanita Terpaksa Ke Balai Bomba Akibat Subang Hidung Tersangkut Pada Kerusi

Menurut laporan, wanita tersebut pada awalnya hanya bergurau dengan meletakkan subang hidungnya pada kerusi. Namun, subang itu tersangkut dengan kuat sehingga tidak dapat ditanggalkan. Dia kemudian terpaksa menaiki sebuah kenderaan bersama kerusi berkenaan untuk dibawa ke balai bomba bagi mendapatkan bantuan.

Pegawai bomba yang bertugas, Asep Risky, memaklumkan bahawa proses melepaskan subang hidung tersebut tidak mengambil masa yang lama.

“Saya difahamkan wanita berkenaan pada mulanya hanya ‘main-main’ namun tidak sangka subang hidung melekat di kerusi. Jadi dia datang ke sini untuk meminta bantuan daripada kami, sekejap sahaja sudah boleh buka,” jelas Asep.

Insiden tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, namun pihak bomba menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan aksesori seperti subang hidung untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

Kredit: Sinar Harian, X Pai_C1

 

[fbcomments]