Pelakon Azlan Komeng akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung spekulasi poligami yang hangat diperkatakan, membabitkan rumah tangganya bersama isteri, Nur Nilam Ortiz.
minit ke 52:50
Azlan Komeng Buka Mulut Isu Poligami, Isteri Rayu Suami Pertimbang Semula
Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, berkata beliau memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai perancangannya itu, namun menegaskan isu berkenaan bukan sengaja ditimbulkan untuk meraih perhatian umum.
“Saya tak boleh nak kongsikan secara terperinci kerana saya perlu menjaga hati isteri dan bakal isteri saya, namun ini bukanlah konten. Saya sebelum ini pernah berpologami dan ini bukan kali pertama. Cuma perjalanan setiap hubungan rumah tangga itu berbeza.
“Bukanlah tidak serik berpologami lagi, ada alasan yang kuat untuk berpoligami dan pasti tidak akan sama jalan yang lalui. Jika sampai pada waktunya, insya-Allah saya akan jelaskan.katanya kepada Melodi.
![]()
Menurut Azlan, sebelum membuat keputusan besar, beliau akan berbincang terlebih dahulu bersama Nilam dan terbuka untuk mendengar sebarang syarat daripada isterinya itu.
“Pastinya saya akan berbincang dengan Nilam sebab keutamaan saya ketika ini adalah dia. Saya faham hati perempuan dan akan ada penentangan jadi kami akan berbincang. Kalau ada syarat daripada dia, saya dengan senang hati mendengar.
“Kalau mampu saya akan turutkan, kalau tidak saya harus fikir..saya tetap bersyukur dia tidak meninggalkan saya. Ada juga yang menggalakkan kami untuk berpisah, sebenarnya itu lebih teruk daripada poligami,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Azlan turut meminta orang ramai supaya tidak mudah membuat andaian atau menghukum dirinya tanpa mengetahui situasi sebenar.
![]()
“Saya tak nafikan banyak kebaikan yang isteri buat untuk saya dan saya hargai. Jangan mudah mengatakan bahawa apabila ada poligami, saya tak bersyukur atau tidak mengenang budi.
“Jangan mudah menghukum, kalau ia tidak seperti yang disangka adakah awak semua nak datang minta maaf pada saya?,” katanya.
Dalam pada itu, Nilam dalam nada sebak mengakui dirinya masih sukar menerima kenyataan bahawa wanita yang bakal dikahwini Azlan merupakan individu yang pernah ada sejarah hubungan dengan suaminya.
“Saya penat diganggu. Bila saya cuba bertemu dengannya, rupa-rupanya memang betul nak berkahwin.
“Saya harap sangat Azlan pertimbangkan semula keputusan ini. Saya sayang dia. Selama ini orang nampak saya kuat, tetapi hakikatnya saya tak boleh tidur, makan pun tak lalu. Hari-hari saya tanya dia, betul ke semua ini?” luahnya.
![]()
Menurut Nilam, walaupun reda dengan segala kemungkinan, dia masih berharap suaminya tidak meneruskan perancangan tersebut.
“Saya mohon belas kasihan seorang suami. Kalau dia masih ada simpati pada saya, tolonglah pertimbangkan semula, terutama di bulan Ramadan ini.
“Orang mungkin tertanya kenapa saya masih bertahan. Jawapannya mudah, sebab dia suami yang baik dan sangat menjaga saya. Saya tak mahu kehilangan dia. Suami saya sahaja yang saya ada,” katanya.
Terdahulu, sejak minggu lalu, Nilam memberi bayangan mengenai kemungkinan Azlan bakal bernikah lagi menerusi beberapa perkongsian di media sosial, selain turut memuat naik rakaman suara yang dipercayai perbualan antara suaminya dan wanita terbabit.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam berkahwin pada 22 Januari 2022 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
Kredit: Youtube Meloditv3