Polis sedang menjalankan siasatan selepas satu video di media sosial mencetuskan perhatian ramai apabila ia memaparkan dakwaan seorang anggota terlibat dalam pengambilan wang daripada seorang lelaki.

Video di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/18S8t2Rvd5/

Video Tular Dakwa Salah Laku Anggota, Polis Buka Siasatan Dalaman

Pihak polis Ipoh memaklumkan mereka telah mengambil maklum mengenai rakaman berkenaan dan kini sedang meneliti semua maklumat yang ada bagi memastikan kesahihan kejadian serta mengenal pasti individu yang terlibat.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah, pihaknya juga sedang menyemak latar belakang kenderaan yang dilihat dalam video tersebut yang dipercayai menggunakan tanda panggilan milik kontinjen Perak di bawah IPD Ipoh. Sebuah siasatan dalaman turut dibuka bagi mengenal pasti lokasi sebenar kejadian serta individu yang dikaitkan.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak polis memandang serius sebarang dakwaan salah laku melibatkan anggota dan tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti bersalah. Polis juga memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan adil.

Dalam masa yang sama, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan, selain dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian yang boleh mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]