Pihak polis sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap tiga anggota trafik yang terlibat dalam sekatan jalan raya berhampiran persimpangan The Mines, Serdang, susulan tularnya sebuah video berkenaan operasi tersebut.

Video di bawah:

https://x.com/mynewshub/status/1903925619337121848?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Tindakan Polis Trafik di Persimpangan The Mines Dipersoal, Siasatan Dalaman Bermula

Rakaman berdurasi 1 minit 19 saat itu menunjukkan beberapa kenderaan ditahan di tepi jalan, dengan seorang anggota trafik dilihat berbicara dengan pemandu sebuah kereta. Video berkenaan mendapat perhatian warganet dan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan, memaklumkan bahawa sekatan jalan raya tersebut dijalankan antara jam 12.15 hingga 1.15 tengah hari. Beliau menjelaskan bahawa siasatan kini sedang berlangsung bagi menentukan sama ada terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau salah laku dalam pelaksanaan sekatan berkenaan.

Beliau turut menegaskan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang tidak akan berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran garis panduan yang ditetapkan dalam operasi terbabit.

“Kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Kredit: Harian Metro

 

 

 

 

[fbcomments]