Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan seorang pempengaruh dikenali sebagai Siti Jamumall apabila dirinya dijatuhkan talak dua oleh suaminya, Aiman Tak Kesah, ketika sesi siaran langsung di TikTok.
@
Video di bawah:
https://www.tiktok.com/@syaz_hanny_beey/video/7504376671252794631
Kemelut Rumah Tangga Berakhir di TikTok, Siti Jamumall Diceraikan Talak Dua Secara Live
Insiden mengejutkan itu berlaku pada pagi Khamis ketika Siti sedang membuat jualan secara live. Dalam rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Siti dilihat menangis teresak-esak sambil meminta Aiman keluar dari bilik. Suasana menjadi tegang apabila mereka mula bertengkar secara terbuka.
Siti meluahkan rasa kecewa dan mendakwa Aiman sering meninggalkan rumah seperti tinggal di hotel, malah katanya kata-kata suami itu turut menyakitkan hati.
“Saya tak nak tengok muka awak, tolonglah keluar. Saya tengah tak okay. Awak punya kata-kata menyakitkan hati saya. Awak buat rumah ini macam hotel, balik pun satu atau dua jam saja,” katanya.
![]()
Pertengkaran mereka bertambah serius apabila Siti mendakwa telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Menurut Siti, perkara itu sudah sampai ke pihak polis.
“Saya takut dengan awak. Kita dah sampai kes polis sebab awak pukul saya,” katanya lagi dalam siaran langsung tersebut.
Aiman pula mempertikaikan tuduhan itu dan berkata dia sering dituduh curang setiap kali keluar malam. Dia juga memberitahu telefonnya rosak akibat pergaduhan yang berlaku.
Selepas pertelingkahan yang panjang, Aiman akhirnya melafazkan cerai talak dua terhadap Siti secara langsung di hadapan para penonton.
![]()
“Sekarang kau nak buka semua bendalah pasal aku apa semua? Okay baik semua jadi saksi ya. Aku ceraikan Siti Suriani Wahiddin dengan talak dua, jumpa di mahkamah. Aku orang kampung, sanggup dipijak tapi sekarang aku tak boleh diam,” tegasnya.
Aiman juga mengaku pernah memukul Siti dan berkata dia mahu keluar dari rumah untuk mengambil semula harga dirinya.
![]()
Sebelum ini, Siti dan Aiman pernah berpisah tetapi telah kembali rujuk selepas proses pengesahan cerai. Mereka berkahwin di Satun, Thailand pada Jun 2023.
Untuk rekod, Siti pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada tahun 2019, namun bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, masing-masing berusia enam dan empat tahun.
Kredit: TikTok syaz_hunny_beey