Seorang pengantin wanita yang bernama Wilda menarik perhatian ramai selepas video hasil solekan pernikahannya tular di laman Instagram. Dalam video tersebut, Wilda kelihatan mempunyai kumis dan misai yang agak ketara. Namun begitu, penampilan itu tidak menjejaskan keanggunannya pada hari istimewa tersebut.

Video yang telah meraih lebih sejuta tontonan itu mengundang pelbagai persoalan, terutamanya mengapa Wilda memilih untuk tidak mencukur bulu muka tersebut semasa majlis perkahwinannya.

@wildamaywi

Terimakasih ya kakak.. ❤️ Teman2 tujuan aku makeup bukan untuk memuaskan mata org bnyak.. Tpi bntuk aku mghargai diri aku sendiri di hari bahagiaku 😊 Mangkanya aku ga mau cukur kumis sama alis..

♬ suara asli – wildaengladiamerta – wildaengladiamerta

Prinsip Pengantin Wanita Pilih Kekalkan Kumis dan Misai Di Hari Istimewa

Menjawab pertanyaan tersebut, Wilda menjelaskan dalam sebuah video di TikTok bahawa solekan dan penampilannya itu adalah mengikut kehendak dirinya sendiri. Menurut beliau, tujuan utama adalah untuk meraikan dan menghargai diri sendiri pada hari bahagia, bukan untuk memenuhi jangkaan atau penilaian orang lain.

“Kawan-kawan, tujuan aku solek bukan untuk memuaskan mata banyak orang. Tapi bentuk aku menghargai diri sendiri di hari bahagia. Sebab itulah, aku taknak cukur kumis atau kening,” ujarnya.

Keadaan Wilda dipercayai berkaitan dengan hirsutisme iaitu satu kondisi perubatan yang menyebabkan pertumbuhan rambut berlebihan di kawasan wajah dan badan wanita. Hirsutisme merupakan keadaan yang biasa dan berlaku kepada sekitar 5 hingga 10 peratus wanita.

Walaupun hirsutisme tidak membahayakan kesihatan, ia boleh memberi kesan kepada keyakinan diri seseorang disebabkan penampilan yang berbeza dari kebiasaan wanita lain. Rawatan untuk mengurangkan pertumbuhan rambut ini boleh dijalankan, namun hasilnya mengambil masa dan tidak selalu memberikan perubahan segera.

Kredit: TikTok wildaengladiamerta

 

 

[fbcomments]